“INILAH kali pertama saya menerima hadiah cabutan bertuah yang bernilai dalam hidup,” kata Marzuki Ibrahim, 41.Jurujual kereta itu memenangi hadiah utama iaitu motosikal Momos Madass 125 cc dalam cabutan bertuah sempena Karnival Gegaria Harian Metro, di Plaza Angsana, Johor, baru-baru ini. Menurutnya, beliau sungguh gembira apabila menerima hadiah sebuah motosikal unik yang kelihatan seperti kerangka. “Saya memasuki cabutan bertuah ini selepas melanggan Harian Metro selama empat bulan di tapak karnival itu dan ternyata tuah menyebelahi saya,” katanya. Motosikal berwarna merah itu ditaja Mofaz Motosikal Sdn Bhd bagi memeriahkan lagi program berkenaan.

